Kini, kehadiran Syura sebagai pelajar baru telah diketahui oleh pelajar perempuan dan segelintir pelajar lelaki. Pada pagi itu, bumi Tawau dilimpah rahmat. Alhamdulillah, tiada morning call. Syahirah dan Syura berjalan beriringan menuju ke kelas. Nasib menyebelahi Syura. Terdapat sebuah meja kosong yang terletak di belakang kelas.
"Syura! Ada meja kosong di belakang. Jom angkat. Duduk sebelah Rahmaniyah lah. Selama ni dia memang duduk sendiri semenjak Amelia pindah." Syahirah memberi cadangan.
Mereka mengangkat meja kosong tersebut dan menempatkannya bersebelahan dengan meja Rahmaniyah.
"Aku duduk di depan kau jugak. Jangan risau. Sebelah aku Aida. Dia BWP. Jadi busy sikit." Syahirah memulakan perbualan.
Syura hanya mengangguk. Masa berjalan dengan pantas. Semakin lama semakin ramai pelajar yang tidak dikenali oleh Syura mengambil tempat di meja masing-masing. Ada juga yang ingin berkenalan dengan Syura dan ada juga yang sudah mengenali dirinya.
Seorang pelajar lelaki masuk ke dalam kelas dengan lagaknya yang selamba. Syura mengecilkan matanya yang bulat. ' Rupa nya mirip..Zakwan ! ' Syura mengingati kembali wajah lelaki yang pernah menambat hatinya suatu ketika dahulu.
" Aik, Wan, awal kau datang hari ni. Apa anginmu?". Syahirah menegur. Safwan hanya berdiam diri. Syahirah pelik. Safwan seorang yang peramah serta ceria. Namun, pada hari itu dia berbeza. Syura hanya memerhati.
"Oi Safwan ! Takkan lah kau tak tengok budak baru dalam kelas kita ni. Kenal pun tak maw?" tegur Syahirah lagi. Safwan berdiam diri lagi. Syahirah bertambah pelik. 'Kenapa dengan si Safwan ni. Tiba-tiba jadi pendiam ' Syahirah bermonolog.
Suasana sepi seketika. Jam menunjukkan tepat pukul 6.40 pagi. Cikgu Ema melangkah masuk memandangkan subjek Bahasa Melayu merupakan subjek pertama pada hari itu. Selesai memberi salam, Cikgu Ema menyuruh para pelajar untuk memungut sampah-sampah yang ada di bawah meja.
"Baiklah. Siapa sudah rasa bawah mejanya bersih boleh duduk." Semua pelajar duduk dengan yakin nya.
"Cikgu perasan ada budak baru dalam kelas ni. Haa yang sebelah Rahmaniyah tu, sila berdiri. Bagitahu nama, sekolah asal, homeroom dan cita-cita".
Syura segera berdiri. Semua mata tertacap pada Syura kecuali sepasang mata yang terus tunduk memandang buku.
" Nama saya Asyura Aleeya bt Faisal, dulu sekolah dekat MRSM Terengganu, homeroom Imperial College London dan cita-cita saya ialah doktor buah pinggang". Syura kembali tersenyum. Terserlah kecantikannya.
"Cikgu ! Sesi perkenalkan diri lah ni hari. Dia bukannya kenal kami pun." Hafiz menyampuk. Segelintir pelajar menyokong cadangan Hafiz. Riuh-rendah kelas 4 Kreatif.
"Sudah sudah ! Tiada istilah perkenalkan diri dalam kelas cikgu. Macamlah kamu tiada masa untuk kenal dia.
Emm, Syura boleh duduk. Baiklah. Semua pelajar berdiri dan keluar kan karangan yang cikgu suruh buat tu. Letak atas meja sebelah kiri. Cikgu maw semak. Awas kalau belum siap. Kecuali Syura". Semua pelajar sibuk mencari kerja rumah yang telah diberi oleh Cikgu Ema. Syura hanya duduk berdiam diri.
"Safwan. Kenapa hari ni kau diam? Biasanya kelas cikgu lah kau paling bising kan. berubah angin nampak." Cikgu Ema memerli sikap Safwan yang pendiam secara tiba-tiba.
"Betul tu cikgu. Tiba-tiba jadi pendiam. Pelik pelik." Syahirah menyokong pendapat Cikgu Ema. Safwan terus berdiam diri.
Pada hari itu, semuanya berjalan dengan lancar. Syura sudah dapat mengenali sebahagian guru-guru MRSM Tawau. Syura mengucapkan syukur dalam hati. Tetapi dia masih teringat-ingat pelajar lelaki yang bernama Safwan itu. Lelaki yang berkulit sawo matang dan memiliki mata kuyu. Mirip wajah Zakwan Ilham. Seorang lelaki yang pernah menjadi buah hatinya ketika dia berada di tingkatan 2. Kemudian lelaki tersebut meninggalkannya untuk mengikuti bapanya ke Paris, iaitu kampung halaman bapanya. Ibunya pula berbangsa melayu. Sejak hari itu, mereka hanya berhubung menggunakan facebook ataupun e-mail. Namun, setelah beberapa bulan, Zakwan tidak pernah mengirim khabar melalui facebook ataupun e-mail. Hanya sekali, Syura menerima e-mail daripada Zakwan iaitu sepatah perkataan sahaja. 'SORRY'. Berminggu-minggu Syura gelisah. Lama kelamaan, Syura dapat melupakan Zakwan dengan menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembelajarannya dan memohon pertolongan daripada Allah S.W.T.

* * * *
Keesokan Harinya. Kelas 4 Kreatif. (Rehat)
Rahmaniyah hendak menuju ke dewan selera. " Syura, tak maw ikut? " tanya Rahmaniyah. Syura yang sibuk menulis berhenti seketika.
"Saya puasa, awak pergi lah." Syura kembali senyum.
"Ohh ya. Lupa pulak. Sorry sorry. Bye".
Syura perasan, Safwan juga tidak pergi ke dewan selera. ' Biarlah' Syura kembali menulis. Beberapa saat, dia terkejut mendengar suara Safwan memberi salam kepadanya. Tiba-tiba, dia berasa sebak. Namun, dia masih dapat kawal emosi dan menjawab salam Safwan.
"Sorry, kemarin saya buat-buat tak layan awak" Safwan mengambil tempat di kerusi Syahirah.
"Eh, tak apa." Syura masih kawal emosi.
"Emm, awak asal Terengganu kan. Tok wan saya asal Terengganu jugak. Lama dah tak pergi sana". Safwan bercerita sedikit demi sedikit tentang dirinya. Syura berminat hendak tahu dengan lebih mendalam lagi tentang Safwan. Namun masa tidak mengizinkan.
Loceng berbunyi menandakan tamat waktu rehat. Kemudian, waktu kelas berjalan seperti biasa. Syura sudah dapat menyesuaikan diri di sekolah itu.
Bilik SK08
Syura menunggu Syahirah setelah selesai solat Zohor. Syura hendak bertanya tentang Safwan, seorang lelaki yang mempunyai suara yang sama seperti Zakwan. Syahirah masuk kedalam bilik dengan tenang. Syura menunggu masa yang sesuai untuk menegur Syahirah.
"Emm Syahirah, boleh tanya sikit tak?".
"Tanya lah. Macam tak biasa." Syahirah mengambil tempat di sebelah Syura.
"Pasal Safwan ni. Safwan tu, bila masuk maktab ni?"
"Ohh. Emm. kejap. Dia kira budak baru jugak. Tapi dia masuk masa form 3. Kenapa?"
" Awak kenal ayah dia?"
"Pasal ayahnya, aku tak tahu. Yang aku tahu dia ni kacukan. Sebab tu lah hensem. Muka ala-ala orang putih. Ramai perempuan suka dia. Tapi dia buat-buat tak layan jea. Si Nora tu, budak cantik pun dia tolak mentah mentah. Tapi aku tak minat lah. Aku ada crush sendiri." Syahirah tersengih-sengih. Kini, persoalan demi persoalan menerjah minda Syura.
"Kejap. Tadi awak kata kacukan kan. Dia yang kata sendiri atau awak yang memandai?" Syura menginginkan kepastian.
"Aku agak-agak jea. Habis mukanya macam orang putih."
"Hhmm. Saya ingat dia yang kata sendiri." Syura mengeluh.
"Ai. Kau suka dia ka? Kau jangan.." Syahirah mengecilkan matanya memandang Syura.
"Eh ! merepek lah awak ni. Kita tanya jea lah." Syura mencubit lembut lengan Syahirah.
Mereka tertawa.
To be continue in Cerita Syura part 3