Cinta Seorang Hawa part 2

 Fazira mengecilkan matanya dek cahaya yang terang dalam bilik itu. Umie dan ayah berada di sisi katil sebelah kanan manakala Zyan dan Tasha berada di sisi katil sebelah kiri. Tiba-tiba matanya tertacap pada seraut wajah yang putih kemerahan itu. 'Aqilah!'. Seorang lelaki yang amat dikenali duduk di atas kerusi roda bersebelahan dengan Aqilah. Dadanya sebak. 'Ya Allah, apa aku dah buat...'. Fazira kesal. Fazira bangun dari perbaringan dan bersandar di kepala katil. Air matanya jatuh berlinangan. "Umie, Afwan mana?". "Afwan ada kat wad dia. Lupa umie nak bagitaw semalam yang Afwan dipindah kan ke wad lain sebab keadaannya dah baik. Doktor Nea pun tak taw macam mana Afwan bole pulih sekelip mata. Subhanallah..".Fazira bersyukur dalam hati. Fazira menggerakkan tubuhnya namun tak terdaya. Badannya lemah. "Ira rehat dulu ya sayang, esok umie bawa Ira jumpa Afwan". Fazira hanya mengangguk. "Aqilah, aku mintak maaf sebab aku dah fikir negatif pasal kau sejak hari kita bertembung tu..Aku ingat kau dan Afwan masi bertunang dan..". Semua telinga mendengar dengan penuh kuhsyuk. Aqilah dan lelaki yang berada di kerusi roda itu terkejut. "Dan aku ingat Afwan dah tipu aku..Maaf". Fazira tunduk rasa malu. "Tak apa Fazira, salah aku jugak sebab tak bagitaw detail lagi tentang pertunangan aku dan Awal..". Awal senyum sekilas memandang wajah Aqilah. Fazira cuba senyum sekadar yang mampu. Zyan dan Tasha memerhati keadaan Fazira yang lemah itu lalu meminta izin untuk beredar. Umie dan ayah berbual dengan Doktor Nia , meminta kepastian tentang keadaan Fazira. Fazira memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana keadaan yang keruh kini jernih semula. Fazira tak sabar hendak menjenguk Afwan. Hatinya berbunga-bunga. 'Terima kasih Ya Allah...'. Air mata syukur bercucuran..

*               *                 *              *

Fazira melangkah dengan hati yang penuh dengan rindu. Umie di sisinya kembali ceria seperti sediakala. Semakin dekat wad Afwan, semakin terlerai rindunya terhadap Afwan. Umie memulas tombol pintu wad 13 dan melangkah masuk. Fazira masih terpaku seketika apabila mendapati keluarga Afwan turut berada dalam wad itu. Mata Afwan bertembung dengan mata Fazira. Fazira melarikan matanya dan cuba untuk mengawal perasaannya. "Eh apa tunggu lagi Ira, masuklah , ni bakal imam tengah sakit takkan taknak jenguk." Abah mempelawa Fazira diiringi tawa dua keluarga itu. Muka Fazira yang putih gebu itu merah dek usikan abah Afwan. Sesungguhnya pernikahan Afwan dan Fazira dirancang oleh keluarga mereka sendiri. Mereka tidak pernah menjalinkan hubungan cinta sebelum Fazira bergelar tunang kepada Afwan.Fazira melangkah ke arah katil Afwan. Afwan tersenyum memandang Fazira yang tersipu malu."Ira apa khabar?" Afwan memulakan bicara. "dah taw baik begini takkan nak tanya lagi, takut eh...?" Abah Afwan mengusik. Muka Fazira merah merona. "Abah ni , kita tanya sebab kita risau..Sapa yang tak risau dengan bakal suri hidup kan..Abah pun macam tu jugak..." Afwan ketawa menampakkan garis giginya yang putih. Menawan! Fazira masih diam menahan malu. "Kak Ira, abg Afwan tanya tuu , jawab lah .. apasal nak segan pulakk ..." Syahirah adik Afwan menyampuk. Fazira senyum seraya menjawab "alhamdulillah orang sihat jea..orang yang dekat sana tu yang patut dirisau kan.." sambil menjeling Afwan. Afwan tersenyum bahagia. "Jaditarikh pernikahan macam mana? Ira?" ibu Afwan bertanya. "Tangguhkan dulu lah ibu, sebab tengok keadaan Afwan ni....." belum sempat Fazira menghabis kan kata , Afwan laju memotong "Takyah kisah keadaan Afwan , Afwan masih mampu melafazkan nikah , masih mampu sarung cincin di jari Ira, masih mampu cium dahi Ira walaupun keadaan Afwan tak seberapa sihat. Dengan izin Allah , semuanya akan berjalan lancar minggu depan..Janji tetap janji..Dan Afwan tak akan mungkir janji Afwan untuk menjadi imam Ira minggu depan..InsyaAllah..". Fazira terharu mendengar penyataan Afwan. Air mata Fazira yang lahir dari hati mengalir. "Terima kasih Afwan". kedengaran abah,ayah,umie dan ibu mengucap syukur. Syahirah pula tersenyum senang melihat suasana yang membahagiakan itu.

*                 *                  *                       *

Persiapan hari pernikahan Fazira berjalan dengan lancar. Dua Khemah yang ditempah telah siap dipasang untuk kawasan jamu selera para tetamu pada esok hari. Fazira yang tadinya bekerja menyiapkan bunga manggar berehat sambil minum air milo yang telah dibancuh. Umie datang dan duduk di sebelah Fazira. "Ira esok dah jadi isteri orang..Alhamdulillah.." umie mengalirkan air mata. Tangan Fazira pantas mengusap air mata umie. "Umie..Biarpun Ira dah jadi isteri orang, Ira takkan pernah lupa umie ngan ayah..Umie jangan risau ya umie.." Air mata Fazira turut mengalir. "Ira jadi isteri yang solehah untuk Afwan ya, jadi ibu yang baik kepada anak-anak Afwan..Ikut cakap Afwan nanti..ya sayang..". Fazira mengangguk "InsyaAllah umie,,," Fazira memeluk tubuh umie seerat-eratnya. Hati Fazira sebak.

*                 *                         *                  *

Hati Fazira berdebar menanti rombongan pihak lelaki. Jubah pengantin yang dipakai oleh Fazira berwarna ungu menyerlahkan lagi kecantikannya. Beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi kompang dari luar rumah Fazira. Fazira semakin berdebar. Umie mengarah Fazira untuk keluar daripada bilik yang telah dihias dengan bunga-bunga berwarna ungu. Fazira melangkah ke arah tengah ruang tamu rumahnya tanpa menoleh kearah sesiapa pun kecuali umie. Umie senyum. Fazira duduk di sebelah Afwan yang turut mengenakan baju selangor berwarna ungu serta songkok. Terserlah kekacakan Afwan. 'bagai pinang dibelah dua'. Padan sekali.."Muhammad Afwan Raihan bin Mohd, aku nikahkan dikau dengan Siti Nurul Fazira bte Amid dengan mas kahwin seperangkat pakaian solat dibayar tunai..".."Aku terima nikahnya Siti Nurul Fazira bte Amid dengan mas kahwin seperangkat pakaian solat dibayar tunai..". Dengan sekali lafaz, Fazira telahpun menjadi suri hidup Afwan. Air mata Fazira mengalir, begitu juga umie dan ayah. Mereka yang hadir mengangkat tangan lalu imam seperti biasa membacakan doa untuk majlis pernikahan ini. Selesai doa, Fazira  bersalam-salaman dengan ahli keluarganya dan keluarga Afwan. Begitu juga Afwan. Umie sempat berbisik ke telinga Fazira "Fazira dah jadi hak orang, jaga diri baik-baik sayang". Air mata Fazira mengalir dengan derasnya."InsyaAllah umie..". Ayah menepuk bahu Afwan "Afwan, jaga anak ayah dengan baik ya..Jadilah pemimpin yang bole membawa keluarga ke Jannatul Adn Allah.."..Afwan memeluk ayah seraya berbisik "InsyaAllah ayah..terima kasih.."..Ibu dan abah juga memberikan nasihat yang sama kepada Fazira dan Afwan. Majlis pernikahan Fazira dan Afwan berjalan dengan lancar dan agak-agak sederhana. Kerana firman Allah , "sebaik-baik majlis pernikahan ialah majlis yang rendah belanjanya" . Bagi Fazira, Majlis pernikahan yang sederhana lebih baik daripada besar-besaran...


*                   *                     *                   *

Fazira duduk di birai katil dan hanya mendiamkan diri. Malu. Afwan tersenyum sambil melangkah mendekati Fazira dan duduk disebelahnya. "Kenapa isteri abang ni diam jea? Malu eh.." Fazira memandang Afwan. Mata mereka berlaga. Fazira melarikan matanya daripada berlaga dengan sepasang anak mata Afwan yang berwarna biru itu. Hatinya cair. "Manada Ira malu. Ira tak selesa jea.." .. "Nanti Ira pasti akan selesa, malah mungkin bertambah nakal dari abang?" Afwan mengangkat kening sebelah kanan. Fazira mencubit lengan Afwan. Afwan berpura-pura kesakitan. "Belum apa-apa lagi dah mencubit? Habislah abang..." Fazira ketawa "baru abang taw siapa Ira kan, Ira ni tangan ketam taw.." lalu menjeling Afwan. "Eh abang kawin dengan ketam ker ? Tak sangka pulak yea..".."Abang!!" Fazira berpura-pura marah lalu memalingkan badan daripada Afwan. "Sayang abang ni marah pulak? Alaa kita gurau jea lah..sayangg.."."Abang pegi cari isteri lain yang bukan ketam macam Ira.." Fazira menjuih bibir. "Sampai kesitu pulak? Abang taknak cari pompuan lain, sebab diorang bukan ketam macam Ira. Susah taw nak cari ketam macam Ira ni.." Afwan memeluk Ira. Ira berasa sangat disayangi dan bahagia. "Ira ikhlas kan jadi isteri kepada abang, dan ibu kepada anak-anak abang?"..Fazira memusingkan badanya menghadap Afwan. Afwan menggenggam tangan Fazira dan Fazira membalas genggaman itu erat. "Ira ikhlas abang..terima kasih untuk segala-galanya.." Air mata Fazira mengalir. 'Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan suami sebaik Afwan kepada hamba, Kekalkan lah jodoh kami, dan berkatilah keluarga hamba Ya Allah' Fazira berdoa dalam hati. Afwan mengusap kepala Fazira. Azan maghrib berkumandang. "Jom kita jumpa Allah dan berdoa kepadaNya untuk kebahagiaan kita dunia akhirat." Fazira mengangguk. Afwan menarik tangan Fazira. Mereka bersama-sama menunaikan solat fardhu maghrib dan memohon kepada Allah agar rumahtangga mereka kekal abadi hingga ke syurga.......  :) The End




p/s : Maaf jika ada tersilap ayat, bahasa dan tulisn yea..Maaf jugak kalau ada part2 yg membosankan, ending nya x best kea.fes time nih buat cerpen hehe.. mungkin ada terkurang kaa ,, kan. u_u..cerpen ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal..K :) Salam Ukhwah


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Tinggalkan komen.
Satu pun jadilah ! Ehee