Dimana Janjimu ?

Assalamualaikum penjejak blogger,


          Semua dah solat zohor ? Kalau dah alhamdulillah, kalau belum na'uzubillah. Macam mana korang nak kukuh kan dan kuat kan Islam kalau korang tinggal satu tiang ? macam rumah lah jugak , kalau takda satu tiang konfom tak boleh nak jadi rumah yang kukuh kan? Ok back to topic, hari ni ana ingin kongsi perihal janji kepada korang. Maksud ana bukan janji biasa-biasa, ini janji sehidup semati dan bukan dengan makhluk biasa. Ini janji seorang hamba dengan Penciptanya.



      Untuk pengetahuan korang semua, sebelum roh kita ditiup, kita dah pun buat perjanjian dengan Allah. Janji kita pada Allah ialah, kalau kita dah jadi penduduk di dunia, kita janji dengan Allah untuk beribadat kepada-Nya. Setiap waktu setiap detik setiap saat. Setiap nadi kita berdenyut. Lepas tu kita berjanji lagi akan sentiasa mengingati-Nya walau di mana kita berada. Itu lah janji kita. Selepeas dimeterai janji tersebut, Allah kemudiannya mengizinkan kita untuk menjadi khalifah di dunia. Sebab kenapa Allah bagi izin kita tinggal di dunia? Sebab kita dah buat perjanjian dengan Allah. Korang pun tahu kan, MUNGKIR janji itu berdosa. Jadi Allah yakin yang kita tidak memungkiri janji kita. Sebab tu ada nya korang semua dekat dunia yang fana ni haa..Eh, tapi kan, korang rasa kita ni MUNGKIR janji ka tak ? Ya memang manusia tiada yang sempurna termasuk ana sendiri, sebab ketidaksempurnanya kita ni lah, Allah dah sediakan pintu taubat kepada kita. Subhanallah , Allah Maha Bijaksana. Allah Maha Pengampun seperti yang dinyatakan dalam potongan ayat al-Quran berikut ::-

“Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” 

                                                                                                            (QS. Az-Zumar: 53)

     Berdasarkan potongan ayat di atas , sudah terang lagi bersuluh , Allah itu amat teramat amat amat sayang akan makhluk-makhluk yang diciptaNya. Jadi kita ni sebagai hamba apa yang nak di tunggu lagi ? Grab this chance ! Sesungguhnya hidup hanya sekali! Rugilah kita kalau kita tak sempat bertaubat kepada Allah dan meminta ampun daripada-Nya. Bila lagi kita nak taubat n minta ampun daripada Allah kalau ajal kita sampai dulu ? Dah takda masa wahai saudara seIslam ana sekalian. Atleast kita ada usaha untuk tidak memungkiri janji kita dengan-Nya biarpun taughut selalu berusaha untuk melalaikan kita. Cubalah kita lebihkan usaha kita untuk mencapai Jannah daripada mencapai perihal dunia yang tidak kekal ini. Cubalah kita lebihkan usaha kita untuk tepati janji kita daripada mengejar kemewahan dunia yang tidak lama ini. Sesungguhnya kemewahan di akhirat lebih INDAH, berzilion-zilion kali indah daripada di dunia. Ingat lah janji yang kita meterai dengan Allah. Pada masa yang sama, Allah tak pernah memungkiri janji-Nya untuk makhluk-makhluk-Nya yang taat kepada-Nya iaitu Pintu Firdausi. Ingatlah ganjaran Allah ini ketika ingin berusaha melawan syaitan-syaitan yang mengganggu.Semangat kita pasti akan berkobar-kobar. Marilah KITA bersama-sama berusaha mencapai Jannah Allah dan bersama-sama merasainya. InsyaAllah..Salam Ukhwah ..Wallahu'alam , =)

2 comments:

  1. terima kasih sawah padi, kalau ada yg salah dalam entri ana nie , harap tegur yaa , n_n

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Tinggalkan komen.
Satu pun jadilah ! Ehee