Seindah hiasan adalah Wanita Solehah..

Assalamualaikum w.b.t penjejak blogger ,



       Pada petang yang mulia ini, hati ana tergerak untuk buat satu entri, harap-harap, entri kali ini tidak membosankan, entri kali ini ana buat khusus untuk insan yang bergelar WANITA. Ana juga wanita, jadi bersama2 kita muhasabah diri wahai kaum Hawa.....


  Hawa diciptakan daripada tulang rusuk kaum adam, bermakna hawa itu adalah insan yang lemah, TETAPI kuat apabila iman di dada TEGUH dan KUKUH. Topik entri pada hari ini selalu didengar , "wanita hiasan dunia , seindah hiasan adalah wanita solehah" , Siapa yang tidak mahu jadi perhiasan yang paling indah di dunia kan ? hhmm , ana juga mahu, caranya mudah saja, Kuat kan lah IMAN mu, dengan rutin-rutin seperti berikut ::-

1) Solat 5 waktu dalam sehari seperti yang dituntut dalam rukun Islam(Niatlah kerana Allah dengan ikhlas)
2) Sentiasa membaca Al-Quran dan hadis-hadis
3) Jaga pergaulan antara bukan MUHRIM
4) Jaga tingkah laku
5) Sentiasa berSABAR
6) Cekal hati
7) Niat kerana ALLAH dalam melakukan sesuatu perkara dan bukan kerana DUNIAWI.
8) Sentiasa bersyukur

Eh banyak lagilah , tapi tak larat nak taip, hehehe, "mahkluk yang paling mudah untuk memasuki JANNAH ialah WANITA , mahkluk yang paling mudah untuk memasuki NERAKA JAHANNAM juga WANITA," jadi sama-sama kita kaum HAWA muhasabah diri, dan jadikan lah ayat tersebut sebagai peringatan kepada kita ketika hidup di dunia yang fana dan tidak kekal ini.. =) Salam Ukhwah

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Tinggalkan komen.
Satu pun jadilah ! Ehee