C.I.N.T.A

Assalamualaikum penjejak blogger,



       "Ya Allah, jika aku jatuh cinta,  maka labuhkanlah cintaku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu."

       Hari ini, ana  ingin berkongsi pasal CINTA. Mesti kamu semua bosan kan, kalau buka jea blog orang, pasti akan ada tajuk yang berkaitan ngan CINTA. Entah mengapa hari ini ana ingin sekali berkongsi tentang cinta. Adakah ana sedang dilamun cinta ? Haha.,Ana sendiri tidak pasti dengan perasaan ana sekarang. Kalau boleh, ana tidak ingin bercinta di zaman remaja ana.

       "Jadi macam mana mahu dapat jodoh kalau tak cari?". Haa, soalan macam ni lah yang akan diajukan kepada kita kalau kita cakap yang kita tidak ingin bercinta. And for the best answer is..."Kita tak perlu cari jodoh sendiri, kalau kita dapat cari pun tetapi itu bukan jodoh yang Allah tetapkan, kita pasti  takkan berkongsi hidup dengan dia. Allah ada cara sendiri yang lebih hebat dari cara  kita. Kita ni manusia, Makhluk Allah, ciptaan Allah. Takkan lah kita ada cara yang lebih hebat dari Allah sedangkan kita sendiri pun ciptaan-Nya. Betul bukan ? Cara Allah menemukan kita ngan jodoh kita lebih suwwit daripada kita cari sendiri. Jodoh ada banyak. Bukan jodoh ngan manusia jea. Tapi jodoh ngan maut pun ada. Who knows, jodoh kita ngan maut lebih awal daripada jodoh kita ngan manusia. Jadi, kita kena lah banyak-banyak berdoa supaya di kuatkan iman daripada terus terjerumus ke dalam lembah maksiat. Kawan dengan lelaki tidak salah, tetapi jangan sampai melampaui batas dan jangan sampai berlakunya pergaulan bebas. " Panjang lebar pulak jawapannya . hha

       "Ya Allah, aku jatuh cinta kepada hamba-Mu, tetapi cinta itu membuatkan aku lemah. Cinta itu juga membuatkan  cintaku terhadap-Mu kian pudar dan lusuh. Ampun kan hamba-Mu ini,"

        Maksudnya, cinta biar berpadah-padah. Jangan sampai kita lalai. jangan terlampau taksub dengan cinta duniawi. Letakkan cinta kita terhadap Allah yang paling ATAS dalam CARTA HATI kita. Allah yang mengurniakan kita cinta, So why don't we put our love in Allah on the top of our heart? Tanpa Allah, adakah manusia mempunyai perasaan? Tanpa Allah, adakah kita akan sayang ibubapa kita ? Tanpa Allah, adakah kita akan tahu apa itu CINTA ? Syukran jazilan Ya Allah ! berterima kasih la kita kepada Allah. Sungguh ! Inilah salah satu bukti bahawa Allah sangat menyayangi kita.. =')

        "Patutkah bercinta sebelum kahwin?" Soalan yang agak2 comel. Saudara seIslam saya, Cinta boleh dipupuk selepas kahwin tanpa perlu dipupuk sebelum kahwin. Wanna know something? Cinta selepas kahwin lagi SWEET daripada sebelum kahwin. SEBAB? Ahaa ! tinguk bawah :>


  • Cinta selepas kahwin,  kita baru saling kenal. Menambahkan lagi keeratan hubungan antara suami dan isteri. Dan ia pasti detik yang melucukan dan romantik bagi kita. Trust me.
  • Cinta selepas kahwin, diredhai Allah mereka tidak pernah menjalinkan hubungan cinta sebelum kahwin. Allah pasti akan melimpahkan rahmat-Nya ke atas hubungan yang terjalin dengan halal.  
    
         Ada seorang hamba Allah cakap, kalau kita ingin jadikan seseorang itu pasangan hidup, jangan COUPLE, kawan jea. Couple boleh membuatkan kita benci pada seseorang. Bukti? Ada. Kamu couple, lepas tu break. Kamu pasti akan benci ex-couple kamu. Betul kan ? Jangan tipu, sebab ana sendiri pernah melaluinya :') Tapi sekarang ana bersyukur, ana dapat perbaiki diri ana. Jadikan masa lampau sebagai pengajaran. Sebab itu ana kongsi entry ini untuk kamu semua. Sebab ana tak mahu  kaum hawa diluar sana mmenanggung nasib yang sama macam ana. =') Ok untuk kali ini. Ana harap penjejak blogger dapat muhasabah diri setelah membaca entry ini. Nasihat ana, jangan kalah dengan NAFSU ! Jom Tingkatkan IMAN =) Assalamualaikum



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Tinggalkan komen.
Satu pun jadilah ! Ehee