Cerita Syura part 1



        Syura merupakan pelajar baru di MRSM Tawau. Syura dan ahli keluarganya berpindah ke Sabah kerana ayah Syura, En.Faisal mendapat tawaran untuk menjadi pegawai daerah  Tawau. Sehari sebelum ke MRSM Tawau, Syura ditemani dengan kegelisahan. Pada malam itu, Syura tidak dapat tidur dengan lena akibat memikirkan first day at her new school. Syura cuba sedaya upaya untuk menutup matanya namun gagal ! Keesokan harinya, selepas solat subuh, Syura kembali mengemas barangnya.

" Syura ! Barang dah siap packing?" En.Faisal bertanya kepada anak tunggalnya.
" Sikit lagi abi. Kejap kejap."
" Cepat sikit syura. Kita bertolak jam 9 ni. Cepat sikit."

      Syura memandang jam dinding didalam biliknya. ' Alaa abi ni. Baru pukul 7.45 ' Syura bermonolog. Syura mengeluarkan barang-barangnya yang telah dikemas ke ruang tamu.

" Abi, awal lagi ni. Abi nak buat apa? "
"Abi nak baca Yaasin dulu. Keselamatan kamu tu bukannya ada orang nak kisah nanti. kamu kena jaga diri sendiri. Jadi baik baca Yaasin sebelum berrtolak. Cepat ambek wudhu'."

     Selesai membaca Yaasin, Syura mempersiapkan dirinya. Kemudian bersalaman dengan umienya, Puan Kasmah.

"Jaga diri baik-baik sayang. Jangan lupa Allah. Jangan lupa umie kat sini. Belajar bagus-bagus. Tahun depan nak SPM dah.."
"baik umie. Doakan Syura eh ".

*          *          *          *


REHAT.

       Aisya berjalan dengan pantas menuju ke kelas 4 Kreatif sambil membawa Take Home Test subjek  Fizik.
" Eh, ada pelajar baru aku tengok di foyer tadi. Cantik orangnya. Alim lagi."
" Pelajar baru? Betul ba? Jom tengok ! " Syahirah berminat hendak tahu.
" Isy. Natilah di dorm. Semangat pulak kau" Aisya membebel.
" Excited aku maw tengok ni. Kalau cantik, ada sudah saingan si Nora. Yes !" Syahirah ketawa.
"Isy sudah lah. Nanti-nanti lah tu. Bagus kau tolong aku bagi teskom ni. Cepat ".

       Mereka mengedarkan THT pada meja setiap pelajar sebelum menuju ke dewan selera.


*          *          *          *

Blok Saidatina Khadijah.

       Syura mengangkat barang-barangnya ke bilik yang ditunjukkan oleh kerani tersebut. SK08.
"Ini bilik kamu. Untuk hari ni, Ketua warden cakap kamu kemas barang kamu dan tak payah pergi sekolah dulu. Sudah tahu kelas mana?" Tanya kerani yang peramah itu.
" Sudah. Kelas 4 Kreatif. Emm kak, nak tanya sikit. Ramai kea orang semenanjung kat sini?".
"Ramai jugak dik. Jangan risau. Guru-guru disini pun kebanyakannya orang semenanjung." 

      Jawapan kerani tersebut melegakan hati Syura. Selesai urusan asrama, Syura mengemas barang-barangnya. Memasang cadar lama MRSM Terengganu serta menyusun pakaian ke dalam loker. Buku-bukunya disusun rapi di atas meja. 'Huh! Siap akhirnya'. Syura merehatkan diri setelah selesai mengemas kesemua barangnya.

Balik Sekolah.

      Syahirah masuk ke dalam biliknya seperti biasa. Dia terkejut melihat katil yang dahulu kosong kini bagaikan berpenghuni. Dilengkapi dengan cadar yang berwarna pelik. ' Sejak bila ada orang ni'. Syahirah bingung. Syura memasuki biliknya selepas selesai menunaikan solat Zohor di surau Firdaus Al-Hikmah. Syahirah terkejut apabila terdengar suara lembut memberi salam.

"Waalaikumussalam" Syahirah menjawab.
"Eh, kau pelajar baru kan?" Tanya Syahirah. Syura keseraman. ' Kasarnya bahasa dia '.
"Err, ya. Nama saya Syura. Awak?" Syura duduk di birai katilnya. Begitu juga Syahirah.
"Cantik nama. Namaku Syahirah. Panggil jea Ira. Kelas 4 Kreatif. Jangan lah kau buat muka kecut. Memang bahasa Tawau begini. Kau mesti orang semenanjung kan. By the way, kau kelas apa?".
"Samalah. Saya kelas 4  Kreatif. Homeroom Imperial College London. Awak?"
"Bagus lah! Ada orang baru dalam kelas. Aku  homeroom University Oxford London. Asal mana?"
"Asal Terengganu."
"Ohhhh. Ok. Nice to meet you new classmate. Dormate jugak. Aku maw solat dulu."
"ok"

     Pada petang itu, ahli bilik SK08 berkenalan dengan Syura dan bercerita berkenaan diri masing-masing. Kadang-kadang mereka tertawa, membodek dan ada kalanya mereka serius mendengar cerita Izyan. Lesung pipi Syura jelas kelihatan apabila dia tertawa.

"Syura. Kau ni comel ba. Geram aku !" Hasnia mencubit pipi Syura.
"Confrim ramai lelaki suka kau ni. Tunggu lah esok."
"Isy. Awak ni merepek lah!" Muka Syura merah menahan malu.

Mereka ketawa lagi. Kini, Bilik SK08 lengkap ahlinya. 8 Orang !

*          *          *          *


















2 comments:

  1. wa'alaikumussalam ~

    baey , cepat buat smbungannya lg .

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Tinggalkan komen.
Satu pun jadilah ! Ehee