Malam yang indah permai disirami cahaya bulan yang terang ini, ana buat cerpen. Tiba-tiba pulak dapat idea , dari sumber Inspirasi kot , hehe, memang dari sumber inspirasi pun.. harap tidak bosan ,, n_n,
Fazira duduk di birai katil sambil membelek-belek cincin di jarinya. 'Seminggu lagi aku akan jadi permaisuri orang. Ya Allah, terima kasih kerna menemukan aku dengan dia'. Setitis demi setitis air matanya jatuh ke bumi. Fazira meraup mukanya berkali-kali sebaik sahaja pintu biliknya diketuk bertalu-talu. "Ya, kejap ira buka.". Sebaik sahaja membuka pintu, kelihatan muka umie cemas dan sembam. "Ira! Cepat ikut umie pergi hospital! Cepat pakai tudung.". Fazira lantas mengambil tudung yang tergantung dan memakainya. Lalu umie menarik tangan Fazira. Sambil berjalan Fazira bertanya " umie kenapa kelam-kabut jea ni? Sapa yang sakit?".Lalu umie menjawab "nanti umie bagitaw di kereta".
Ayah memandu dengan tenang. Umie tidak henti-henti mengusap air mata. Fazira masih lagi tertanya-tanya. Hatinya diselubungi resah dan gelisah.Tak tenang! "Umie kenapa bawa ira pegi hospital?"."Ira....eerr..Afwan.." belum sempat umie berkata, fazira mulai gabra dan lantas memotong kata-kata umienya "kenapa dengan afwan umie??!". Fazira berdebar. "Afwan kemalangan..Dan sekarang keadaan Afwan kritikal..". Degupan jantung Fazira seolah-olah terhenti seketika. Air matanya laju menuruni pipinya yang gebu. 'Ya Allah !!!' rintih Fazira dalam hati. Lalu Fazira tidak sedarkan diri.
Sebaik sahaja mata Fazira terbuka, dia mendapati dirinya berada di dalam bilik. 'Ya Allah ! Aku mimpi rupanya'. Fazira meraup mukanya dan terus memulakan langkah menuju ke bilik air untuk mengambil air wuduk. Dia menunaikan solat hajat sebelum azan subuh berkumandang. Usai solat hajat , Fazira berdoa, "Ya Allah, sesungguhnya mimpi itu mainan tidur, janganlah Kau tarik kebahagiaan yang hampir hamba kecapi ini, hamba tidak sanggup Ya Allah..Ameen". beberapa minit berlalu, azan subuh berkumandang. Lalu Fazira menunaikan kewajipannya bertemu dengan Allah.
* * * *
fazira menyediakan sarapan untuk keluarganya. Namun tiada satu orang pun yang menunjukkan diri pada pagi itu. 'Masih tidur kot' Fazira bermonolog sendiri .Fazira bekerja seperti biasa. Klinik masih lapang, maklumlah hari masih hijau. Beberapa asistant telah tiba. Tasha merupakan salah satu asistant Fazira, menuju ke bilik Fazira. Tasha ucap takziah kepada Fazira. Fazira bingung. " buat apa awak ucap takziah ni Tasha?". "Eh bukannya tunang awak accident ker? Atau aku yang salah?". Jantung Fazira berdegup kencang untuk kali yang kedua. " Sapa yang bagitaw awak ni?" Fazira mula menujukkan reaksi yang cemas. "Umie awak kol semalam. Lepas tu bagitaw aku yang Afwan accident..Betul ker?". Fazira bergegas meninggalkan Tasha yang masih tertanya-tanya. Zyan hanya memerhati langkah Fazira yang laju dan kelihatan cemas. Kereta Porsh milik Fazira meluncur laju meninggalkan kliniknya menuju ke rumah.
Sesudah memberi salam, Fazira memanggil umienya dengan cemas. Umie keluar dengan muka yang masih sembam. " Umie apa jadi dengan Afwan??" Fazira memegang bahu umienya. "Semalam Ira pengsan, jadi umie suruh ayah bawa Ira balik rumah. Afwan accident semalam.Ira sabar ya sayang.." Umie memujuk. Fazira melepaskan tangannya di bahu umie , matanya membulat penuh dengan air mata di tubir, peristiwa yang baru sahaja didengar membuatkan kakinya tidak terdaya untuk menampung badannya. Fazira terduduk. Air matanya tidak henti-henti menuruni pipinya. 'Ya Allah ! Janganlah Kau ambil nyawa tunang hamba Ya Allah' Fazira merintih. Fazira menarik nafas dalam-dalam seraya berkata " Umie, bawa Ira jumpa Afwan. Ya umie?". Air mata umie turut mengalir. Umie memeluk Fazira yang masih terduduk berserta anggukan menandakan setuju.
Fazira menangis sebaik sahaja melihat tubuh Afwan dipenuhi dengan wayar. Fazira menutup mukanya agar orang ramai tidak memerhatikannya. 'Ya Rabb, Selamatkan lah Afwan!' hatinya berdoa. Fazira memrhati jururawat yang masih lagi memeriksa keadaan Afwan. Tiba-tiba jururawat tersebut berlari-lari anak keluar daripada wad Afwan. Fazira semakin cemas apabila melihat keadaan Afwan yang seolah-olah tidak bernafas itu. Tubuh badan Afwan naik turun. tetapi mata Afwan masih lagi tertutup. Doktor dan beberapa jurarawat bergegas masuk ke dalam wad Afwan. Fazira tidak sanggup melihat keadaan Afwan yang kurang stabil itu. Fazira takut kehilangan tunangnya yang sangat disayangi. Fazira berlari anak menuju ke surau berdekatan. Fazira mengambil air wuduk dan menunaikan solat Duha serta hajat dan memohon do'a agar keadaan Afwan kembali stabil. Selesai solat, Fazira kembali ke wad Afwan. Secara tidak sengaja, Fazira berlanggar dengan seorang wanita. "Eh tak silap awak ni Aqilah kan?" mata Fazira yang masih bengkak membulat.Terkejut. Terkejut kerana wanita yag bernama Aqilah itu adalah BEKAS tunang Afwan ! "Ya. Awak ni Fazira kan?" Fazira menjawab. "Err. Ya..Awak buat apa dekat sini?" Tanya Fazira. "Saya nak lawat tunang saya lah. Ni haa nak bagi buah tangan dekat dia.". Aqilah menunjukkan buah-buahan yang telah digubah di dalam bakul yang cantik. 'Buah anggur dan epal. Ini buah kegemaran Afwan! Tunang?' Berkerut dahi Fazira. Timbul perasaan cemburu dalam hatinya , lantas dia beristighfar. 'Err Aqilah..Tunang awak tu, wad berapa?" fazira bertanya untuk meminta kepastian. "Tadi jururawat dekat kaunter tu cakap wad.....27". Mata Fazira membulat. Terkejut dan api cemburu dalam hatinya timbul sekelip mata. 'Wad Afwan!' hatinya berbicara dengan api cemburu yang semakin meluap-luap. "Hari-hari ker awak lawat tunang awak tu?" Fazira cuba mengorek rahsia. "Ya .Tiap-tiap hari lawat dia. Dia manja sangat lah sampai suruh aku lawat dia hari-hari"..'Takkan Afwan tipu! Afwan tak pernah pun bagitaw aku sebelum ni yang dia masih bertunang dengan Aqilah. Afwan tipu aku !'. Fazira cuba untuk kawal perasaan amarahnya dan berlagak tenang di hadapan Aqilah. "Err.. Fazira, aku nak pegi jumpa tunang aku dulu yer. Kang rindu dia dekat aku. *senyum , Jumpa lagi Assalamualaikum". "Waalaikumussalam". Senyuman Aqilah menaikkan lagi amarah Fazira ke tahap maksima. Fazira berasa disia-sia kan. 'Sanggup Afwan tipu aku sekali ngan family aku'. Fazira mengambil keputusan untuk menyelesaikan prkara ini pada esok hari .
* * * *
Sesudah solat Isya' , telefon Fazira berdering menandakan satu pesanan masuk. Fazira melihat di skrin , pengirim pesanan itu ialah umie. Fazira membuka pesanan tersebut :
Assalamualaikum, Ira Afwan dah bangun. Mungkin dia rasa cinta daripada Ira tadi terus dia bangun dari koma. MasyaAllah.:)
Hhmm baguslah tu , dapat buah tangan dari 'TUNANG' terus sembuh dari koma.Hati Fazira bertambah sakit. 'Umie tak taw apa yang Afwan dah buat dengan kita!'
Waalaikumussalam. baguslah kalau begitu umie.
beberapa saat, satu pesanan ringkas masuk:
-Tak nak kirim apa2 ker dengan bakal imam Ira?
-Takyah umie. Esok Ira akan jumpa dia sendiri. Ok umie, Ira ada banyak kerja ni. Oh lagi satu, umie takyah bagitaw Afwan yang Ira nak datang esok. Ira nak bagi kejutan dekat dia.
-Ok sayang, Assalamualaikum..
-Waalaikumussalam..
Tiiiit! Telefon bimbit milik Fazira dimatikan. Fazira sudah bersiap sedia untuk menyelesaikan masalah pertunangannya pada esok hari. Malam itu, Fazira tidur awal sedikit berbanding hari-hari sebelum ini.
* * * *
Fazira mengenakan blaus berwarna ungu violet , dipadankan dengan seluar slack serta tudung yang berwarna ungu cair. Pakaian Fazira sedikit berbeza berbanding hari-hari biasa. Fazira melangkah dengan yakin menuju ke wad 27. Fazira menenangkan fikirannya. Fazira perlu menyelesaikan masalah ini secara baik dan rasional. Sebelum Fazira memegang tombol wad 27 , secara tidak sengaja Fazira terdengar gelak tawa dan rengekan manja seorang wanita. Perbualan wanita dengan lelaki dalam wad itu sangat manja dan mesra. Tiba-tiba hatinya panas dan diselubungi rasa cemburu. Fazira menarik nafas dalam-dalam...dan memulas tombol pintu wad 27. Wanita dan lelaki dalam wad itu terkejut! Fazira turut terkejut. Kepala Fazira berdenyut-denyut , sakit yang teramat sangat lalu tidak menyedarkan diri........
Bersambung....(Cinta seorang Hawa part 2)

assalamu'alaikum..watak dia.,aiseh..!
ReplyDeleteWaalaikumussalam ,, biasaaaa , janji tetap janji , hoho n_n
ReplyDeletewriter,,nice starting.
ReplyDeletea few advice for u..
1. klu bole jan gna nma2 org yg t'dkat..
2. byk2 kn prggan..nnt reader ssh nak bca
3. guna ayat yg gramatis skit. rsau fhmn readers dg writer nnti
berlainan.
e.g: tubuhnya dipenuhi wayar.
kenapa bukan tubuhnya beselirat dengan wayar? bukankah itu yang paling sesuai?
xpa..first try. btw,,good job.. xsbr plakk nak bca yg part 2
p/s: yang baik itu dtgnya dripda-Nya, yang buruk itu kesalahan ana sendiri
Tima kasi sudi baca n oso sudi bagi teguran , memang itu yg ana harap , teguran. n_n . InsyaAllah akan perbaiki lagi penulisan ni..Tima kasi once again =)
ReplyDeleteNice. . =)
ReplyDeletetima kasih sawah padi =) semua dtg dari Allah ..
ReplyDelete